KURSUS BINAAN BANGUNAN

Kursus Binaan Bangunan merupakan salah satu kursus aliran vokasional yang terdapat di Sekolah Menengah Vokasional Betong, Sarawak. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar lepasan PMR yang berminat bidang ketukangan kejuruteraan awam binaan bangunan. Pelajar yang berminat untuk memasuki kursus ini boleh memohon melalui Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik, Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional. Berikut di bawah diterangkan sinopsis mata pelajaran aliran vokasional bagi kursus binaan bangunan;

Mata pelajaran bagi kursus binaan bangunan dibahagikan kepada Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif Vokasional. Mata pelajaran elektif vokasional dilaksanakan secara modular. Senarai mata pelajaran adalah seperti berikut:

MATA PELAJARAN TERAS (ELEKTIF PILIHAN)Bahasa Melayu, English Language, Mathematics, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Science/Applied Science dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

MATA PELAJARAN ELEKTIF VOKASIONALBahan Binaan dan Teknologi Binaan

Berikut merupakan tajuk modul mata pelajaran Bahan Binaan dan Teknologi Binaan;

Bahan Binaan

Matlamat mata pelajaran Bahan Binaan ialah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan bahan-bahan binaan dalam industri pembinaan.

Tajuk modul:

  1. Kayu
  2. Barang Logam & Kelengkapan serta Bahan Binaan yang lain
  3. Bata
  4. Konkrit
  5. Kerja Paip
  6. Anggaran Kuantiti Kos
  7. Keusahawanan
Teknologi Binaan
Matlamat mata pelajaran Teknologi Binaan ialah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam keselamatan am, penyenggaraan alat tanagn dan mesin kerja kayu dan bata, membaca dan melukis cetak biru, memahami sistem pembuangan air sisa dan najis serta lukisan bangunan. Kandungan mata pelajaran Teknologi Binaan mendedahkan pelajar kepada bidang ketukanagn binaan bangunan. Mata pelajaran ini dapat melengkapkan kerja binaan dengan penuh yakin, berkesan dan sempurna. Ia juga disusun untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknologi pembinaan terkini.
Tajuk modul:
  1. Keselamatan Am
  2. Lukisan Geometri
  3. Alat Tangan & Mesin
  4. Tanggam-tanggam Dalam Kerja Kayu & Binaan
  5. Merancang Tanda Tapak, Asas Bangunan & Binaan Sementara
  6. Pembinaan Lantai, Dinding & Tembok
  7. Pintu, Tingkap & Gerbang
  8. Tangga
  9. Bumbung
  10. Sistem Rawatan Kumbahan
  11. Bekalan Elektrik
  12. Lukisan Bangunan 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: