STANDARD PERSEKITARAN BENGKEL

STANDARD PERSEKITARAN BENGKEL
(Standard Workshop Environment)

Garis panduan Standard Persekitaran Bengkel merupakan piawaian serta panduan penanda aras keselamatan dan kesihatan bengkel  Sekolah-Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional serta Sekolah-Sekolah Menengah yang menawarkan mata pelajaran Vokasional dan Kemahiran yang terdapat di Malaysia.
Ilmu pengetahuan dalam pengurusan bengkel serta budaya menyenggara merupakan elemen penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di bengkel. Langkah ini dapat membantu mengelakkan berlakunya sebarang kecelakaan dan kemalangan terhadap pelajar. Di samping itu melalui konsep amalan persekitaran berkualti ‘5S’ perlu diamalkan bagi membina persekitaran bengkel selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti dan efisiensi sejajar dengan matlamat organisasi.
Pelaksanaan tindakan oleh semua sekolah di bawah Standard Persekitaran Bengkel:
  • Menyediakan Dokumentasi, Manual, Prosedur, Peraturan dan Arahan
  • Menyusun Atur Tempat Kerja
  • Menyediakan Alat Perlindungan Keselamatan Diri
  • mematuhi Peraturan Keselamatan dan Kerja Penyenggaraan Mesin
  • Mematuhi Akta Keselamatan Elektrik
  • Menyediakan Sistem Penstoran dan Penyimpanan Bahan-Bahan Kimia
  • Memastikan Pencahayaan dan Peredaran Udara
  • Menyediakan Papan Tanda Keselamatan
  • Mengekalkan Keceriaan Sepanjang Masa
Sumber :

STANDARD PERSEKITARAN BENGKEL, 
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL, 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: